Total Pageviews

Saturday, February 21, 2009

Kamu Pernah?

Kamu pernah tak...

1. Bakar roti gune toaster, pastu kerana takde ape nak buat@ kerana terlalu lapar, kamu tunggu depan toaster tu sambil memberi tumpuan penuh kepada 2 keping roti yang tgh terbakar dalam toaster tu. Pastu, bile roti tu melompat keluar, kamu terkejut dan perkara paling best berlaku i.e. kepala kamu terhantuk kt kabinet atas. Padan muke..

2. Tengah bosan tak tahu nak buat ape, ternampak kucing kamu lalu di depan kamu. Amik dia, pastu pegang dia dalam posisi kaki tangan dia menghadap muke kamu. Disebabkan kucing tu buat muke sombong mcm malas nak layan, kamu goncang2 dia nak kasi dia miaw miaw. (pada saat ini, muke kamu sangat dekat dengan tangan dia yang dah mule mengeluarkan kuku. shiinggg!) sedar tak sedar, tengah goncang2 dia, pipi kamu kena cakar. free je dapat logo Adidas kat muke. Cari nahas kan? haih..

3. Balik sekolah pukul 4 petang sebab ade ko-k@ kelas tambahan. balik rumah dah penat. masuk je bilik, letak beg skolah kat tepi, bukak stoking dan terus melompat atas katil. lalu terlena...bangun2, tengok jam dah 7.30! oh tidakkk! kelam kabut pegi mandi, siap2, cari baju sekolah (part nie dah nangis2 dah sebab terbayang kena marah dengan cikgu disiplin), cari bonda dengan linangan air mata nak mintak tlg anta g skolah pastu skali bile jumpe bonda, bonda berkate, "yang awak pakai baju skolah siap stoking sume ni nak pegi mane?" kamu pun reply,"nak pegi skolah laa. mama nie..cepat laa! orang dah lambat nie. cepat la ma...nanti kena marah.." pastu kamu kocoh2 lari g cari beg skolah, cari tupperware nak isi roti. bonda kamu dah ketawa tak igt dunia, yang mana membuatkan kamu bengang. (ye la, dah la dah lambt, boleh plak kena gelak ngan mak sendiri kan.)
Skali lalu tepi tingkap, hati pun berkata"eh,apsal gelap lg kat luar? bukan dah 7.30 ke?" mmg dah 7.30.. 7.30 malam. haa..tido lah sampai maghrib lg. kan dah psycho..

p/s: Rindu lah nak balik rumah..

2 comments:

danios said...

hahahaha. dont tell me ko buat no 1 tuh kat bilik? omg pia... hahaha. lain kali kalo ko rase nak buat toast , bgtahu aku ek. aku pgl ko dtg bilik aku supaya ko tidak lagi melompat. =p

Sofia said...

haha! hodoh sgt kan yang no 1 tu..nasib ko la dani, dpt anakanda yang sengal canie. tak cukup dgn ini, g ngaku plak ayahanda berasal dari orang penan.hahaha! =p